Wednesday, October 22, 2008

Peperiksaan Datang Lagi

Peperiksaan akhir sesi Julai-November akan bermula dari 29 Oktober hingga 18 November 2008. Saya mewakili semua pensyarah AP114 UiTM Sarawak ingin mengucapkan selamat berjaya di dalam peperiksaan dan berharap semua pelajar dapat meningkatkan prestasi anda berbanding semester yang lepas.

Bagi pelajar yang mengulang kursus, saya berharap anda dapat mengambil iktibar dari peperiksaan semester lepas dan buktikan bahawa anda adalah pemenang.

Bagi pelajar yang mendapat CGPA/CPA yang kurang memuaskan pada semester yang lalu, tingkatkan usaha anda. Saya yakin anda akan beroleh kejayaan.

Bagi pelajar yang mendapat 3.0 ke atas pada semester lepas, tahniah sekali lagi tetapi itu bukan alasan untuk anda belajar ala kadar pada semester ini, berjaya sekali tidak bermakna berjaya selama-lamanya, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Bagi rakan-rakan pensyarah, bersedialah untuk menanda kertas peperiksaan, saya harap semua pensyarah dapat memaparkan carry marks secepat yang mungkin sebelum peperiksaan bermula.

Selamat berjaya!

“It's not the will to win, but the will to prepare to win that makes the difference.”

Paul Bryant American Football College Coach (1913-1983)

5 comments:

Anonymous said...

laaa...pa cita sir faiz tok... carry marks sir empun gk lom dkluar... penat mek org turun naik g check... hihihih... jgn marah....

Anonymous said...

Untuk QSD286 dah keluar dah. Maaf sibuk sikit sem ni :)

Anonymous said...

QSD286 jer?? laaa.... yg lain tu lom lg ker sir?? huh! kt org tak sbr ni sir... hehehehe... bg lah carry marks tu murah hati ckit eehh... ms depan kt org sume kat tgn sir tau... tlg sir eh...

syphonicx_macha said...

hahaha..

Anonymous said...

Kalau tak hantar assignment macamana saya nak bagi markah ehehe. Masa depan atas tangan sendiri, bukan atas tangan saya.

qsd181 dah keluar dah