Monday, April 12, 2010

PERTANDINGAN NASYID 2010




Jabatan Ukur Bahan telah menghantar wakil ke Pertandingan nasyid UiTM Samarahan pada 30 Mac 2010. Terima kasih kepada para pelajar yang telah berusaha keras untuk mewakili jabatan ukur bahan.

QS MOTIVATION TALK





Salam & syukur,

Jabatan Ukur Bahan dan Perubahan telah berjaya mengadakan Qs Motivation Talk yang telah diadakan pada 10 April 2010, di Auditorium 2 UiTM Samarahan.

Dua penceramah telah dijemput iaitu Al-fadhil Ustaz Hj Kipli Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan Sr. Elenawati Yeap Ling. Alhamdulillah kedua-keduanya telah memberikan sesi ceramah yang sangat bernas, menarik dan berkesan.

Terima kasih kepada pihak AJK iaitu pelajar dari part 2, PERUBAHAN, para pensyarah, dan semua pelajar yang bersusah payah untuk datang bersama-sama menjayakan QS Motivation talk.

Moga Allah memberkati Majlis Kita dan moga aktiviti ini akan diadakan lagi untuk tiap semester.

Terima kasih sekali lagi.

Magical Night 2010 Black, Gold n Silver











Syukur,

Buat julung kali nya, Diploma Ukur Bahan UiTM Samarahan telah mengadakan majlia makan malam bersama-sama di Hotel Grand Continental 10 April 2010

Semua pensyarah dan pelajar dari Part 1 sehingga Part 6, telah menghadiri makan malam tersebut untuk meraikan pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.

Terima kasih kepada AJK dari part 2, PERUBAHAN dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah menjayakan makan malam ini.