Wednesday, October 15, 2008

Kursus Green Card Utk Part 4


Satu kursus Green Card untuk Part 4 telah dianjurkan oleh Koordinator Kursus, Jabatan Ukur Bahan dan Bangunan , FSPU pada 12 October 2008 dari jam 8.30 pagi hingga 4 ptg.

Kursus ini dianjurkan bagi mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keselamatan di tapak bina dan bertujuan untuk memenuihi syarat bagi mendapatkan Green Card. Dengan adanya Green Card ini, pelajar part 4 yang bakal menjalani latihan praktikal semester hadapan, adalah dilinduingi oleh insuran dan mereka juga layak untuk memasuki tapak bina.









Seramai 30 orang pelajar Part 4 Diploma Ukur Bahan dan 14 orang pelajar Part 4 Diploma Bangunan telah tamat kursus.

Majlis penyampaian safety helmet dan green card telah disempurnakan oleh En Mohd Ezad, Ketua Program Diploma Bangunan dan wakil dari CIDB sekaligus penceramah pada hari tersebut iaitu En Abdul Hayi.

Aktiviti setiap semester ini akan terus dilaksanakan dan pelajar-pelajar part 3 yang bakal melangkah ke part 4 nanti akan menghadiri kursus seumpamanya semester hadapan.


Selamat menjalani latihan praktikal untuk pelajar-pelajar part 4. Terima kasih atas kehadiran yang memberangsangkan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.




No comments: