Thursday, October 30, 2008

Malam Pra-Graduan 2008



Malam Pra-graduan telah diadakan pada 21 Oktober 2008 di Sarawak Chamber, Crown Plaza, Riverside Hotel, Kuching.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai malam perpisahan untuk pelajar semester 6 di UiTM dan juga sebagai pembakar semangat pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya di masa hadapan sama ada di dalam bidang pelajaran ataupun bidang pekerjaan.

Tahniah juga diucapkan kepada Natalia Ezreen kerana dinobatkan sebagai pelajar terbaik kursus Ukur Bahan.

Untuk pelajar yang berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah, buktikan bahawa pelajar UiTM Sarawak adalah terbaik diantara yang terbaik.

Kami pensyarah-pensyarah akan doakan kejayaan anda semua.

Semoga berjaya!

No comments: