Friday, October 31, 2008

Tips Peperiksaan

Bila waktu peperiksaan, kebanyakan pelajar stress dan juga gemuruh semasa hendak menjawab soalan peperiksaan.

Dan selalu juga bila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan yang diperolehi tidak seperti jangkaan kita sendiri.

Berdasarkan pengalaman sebagai pelajar dan juga pensyarah, berikut adalah pendapat peribadi saya berkenaan cara menjawab soalan dengan efektif.

Ini bukanlah guidelines cuma sekadar pengalaman sendiri sahaja dan mungkin berbeza untuk setiap individu yang lain.

Sebelum Peperiksaan
  1. Mulakan ulangkaji anda lebih awal, lebih elok jika sekurang-kurangnya satu atau dua minggu selepas kelas, nota untuk kelas tersebut dijadikan "mind mapping". (Jika ingin tahu lebih lanjut, klik di sini) Ini dapat membantu dari segi 2 aspek; 1) dapat refreshkan maklumat yang ada dalam otak anda dan dengan menulis , anda dapat mengulangkaji sekaligus; 2) Sebagai nota persediaan untuk peperiksaan.
  2. Kaji corak soalan-soalan peperiksaan semester lepas, pada kebiasaannya, corak soalan peperiksaan tidaklah begitu banyak berbeza. Cuba selesaikan 2-3 soalan peperiksaan semester lepas dan jumpa pensyarah anda untuk dapatkan pendapat mereka tentang jawapan anda.
  3. Utamakan minuman air kosong @ air mineral, dan kurangkan pengambilan air manis terutamanya nescafe, kopi dan teh sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan anda.
  4. Makan makanan yang berzat, kurangkan makan makanan segera dan ringan seperti Maggi ataupun Twisties dan sebagainya.
  5. Kurangkan aktiviti lewat malam sekurang-kurangnya seminggu sebelum peperiksaan. Tidur lebih awal dan bangun lebih awal daripada kebiasaan untuk melatih anda untuk bersedia semasa waktu peperiksaan nanti.
  6. Tiada waktu belajar efektif yang spesifik kerana setiap individu adalah berbeza. Bagi pelajar yang gemar untuk belajar pada waktu malam, waktu pagi, awal pagi, tengahari dan sebagainya, teruskan cara anda belajar jika anda rasakan itu adalah masa terbaik anda. Tidak salah jika mencuba untuk menukar masa belajar anda, contoh daripada tengah malam kepada waktu pagi.
  7. Gunakan kaedah "study group" untuk belajar dengan lebih berkesan. Sila layari laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
  8. Lebihkan waktu anda untuk lebih dekat dengan Tuhan, bagi pelajar Muslim adalah tidak salah untuk luangkan masa anda untuk berzikir, membaca Al-Quran, Yassin dan sebagainya selepas solat. Pada kebiasaannya dilakukan selepas waktu Maghrib dan tidaklah terhad pada waktu Maghrib sahaja, boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagi yang Muslim juga, eloklah kita berdoa kepada ALLAH, mohon keberkatan darinya.
  9. Kurangkan aktiviti fizikal yang mungkin akan menyebabkan anda boleh tercedera yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat atau susah untuk menjawab peperiksaan, sebagai contoh bermain bola sepak sehingga kaki terseliuh/patah dan sebagainya.
Semasa Peperiksaan
  1. Pesan kepada rakan anda untuk ingatkan anda waktu peperiksaan nanti supaya anda tidak terlupa.
  2. Datang awal ke bilik peperiksaan, dinasihatkan supaya jangan membawa nota anda semasa berada di luar bilik peperiksaan.
  3. Jangan berbincang dengan rakan anda tentang apa yang telah anda pelajari, cuba berbual topik-topik lain. Masalah akan timbul apabila rakan anda memberitahu anda, bahawa anda telah terlupa untuk mengulangkaji satu topik. Apa akan berlaku bila ini terjadi; anda akan panik dan konsentrasi untuk menjawab anda hilang; anda juga mungkin akan blank bila anda memasuk bilik peperiksaan.
  4. Bila kertas peperiksaan anda berada di depan mata anda, jangan terburu-buru untuk terus menjawab. Bagi yang Muslim, mulakan dengan Bismillah, baca arahan dengan teliti, baca semua soalan dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Terangkan (Highlight) atau garis key points soalan tersebut.
  5. Jika telah memilih soalan, jangan terus menjawab ke dalam kertas jawapan anda. Gunakan kertas kosong yang diberi atau kertas soalan tersebut, buat dahulu rangka jawapan. Bila anda merangka, jawapan yang ditulis akan menjadi lebih teratur dan kemas.
  6. Untuk kertas Measurement, saya cadangkan supaya anda membawa bersama pensil warna (macam budak sekolah), dan warnakan elemen-elemen penting di dalam lukisan anda. Juga rangka dahulu apa elemen yang hendak di ukur, luangkan masa sekurang-kurangnya 15-20 minit (cadangan) untuk meneliti lukisan anda.
  7. Pastikan anda menulis nombor soalan yang telah dijawab di muka depan kertas jawapan anda. Banyak kes di mana pelajar gagal berbuat demikian dan akan menyusahkan pemeriksa untuk memeriksa jawapan anda.
  8. Pastikan tulisan anda kemas dan teratur dan boleh dibaca dengan mudah.
  9. Jangan gunakan liquid paper hanya gariskan jawapan yang salah, dan tulis selepasnya.
  10. Jangan lupa untuk menyemak kembali jawapan yang telah anda tulis, pastikan ianya memenuhi kehendak soalan, sebagai contoh jika soalannya "Explain", sila terangkan jawapan anda, jangan hanya letakkan key point.
  11. Jika rakan di sebelah anda sudah selesai menjawab sedangkan anda baru menjawab separuh, jangan panik. Pelajar tersebut mungkin; 1) Pelajar yang bijak, atau; 2) Pelajar yang mungkin tidak dapat menjawab semua soalan.
  12. Jika ada masa, garis atau highlight key point anda di dalam jawapan anda.
  13. Setelah selesai, ikat kertas jawapan anda, semak nombor matriks anda di kertas jawapan anda dan hantar kepada penjaga peperiksaan.
  14. Setelah keluar dari bilik kuliah, jangan berbincang tentang soalan dan jawapan yang telah dibuat. Apa yang boleh dijawab telahpun dijawab, tumpukan kepada peperiksaan yang berikutnya. Jika ada pelajar yang sibuk bertanya kepada anda, abaikannya, dia mungkin; 1) Overconfident, atau; 2) Tidak pasti jawapan yang telah dijawabnya betul dan mengharapkan orang lain menjawab fakta yang sama dengannya, atau; 3) Saja nak menyusahkan hati kawan-kawan.
  15. Tawakal kepada apa yang telah dilakukan dan berdoa supaya kita berjaya.
Setakat itu sahaja yang saya ingat, kalau ada sesiapa yang nak tambah silakan, rasanya banyak lagi petua-petua lain. Pensyarah lain boleh bantu tak? :)

Selamat menjawab peperiksaan anda!

Gambar ehsan www.plasticbag.org/images/extra/you_rock.jpg

1 comment:

syphonicx_macha said...

thanks en faiz. memang tips mcm nie d plukan d saat2 ahir semester inie..