Sunday, April 27, 2008

QS Family day

Sudah menjadi tradisi PERUBAHAN, satu aktiviti yang dinamakan QS Family Day akan diadakan pada setiap semester.Aktiviti ini bertujuan merapatkan hubungan sesama pelajar dan pensyarah melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang QS Family Day berlangsung.Pada semester sesi dis'07/mei'08 ini, tarikh 9 mac 2008 dipilih untuk mengadakan QS Family Day ini. 3 akvititi utama telah diadakan pada hari tersebut iaitu senaman pagi dan pertandingan futsal pada sesi pagi, disusuli dengan acara sukaneka pada sesi petang dan akhir sekali malam aspirasi pada sesi malam.malam aspirasi yang bertemakan RETRO mengumumkan juara-juara pertandingan yang diadakan pada sesi pagi dan petang, memberi anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan juga meraikan pelajar-pelajar Part 6 yang akan mengakhiri pembelajaran mereka di UiTM Sarawak pada semester ini. Diharapkan QS Family Day ini dapat dipertingkatkan lagi pengisiannya supaya lebih memberi kebaikan dan manfaat yang berguna kepada para pelajar (supaya pelajar-pelajar kita xdela tension sangat asyik belajar :) )

Model Making Competition (PERUBAHAN JV BUILDTECH)

Salah satu aktiviti anjuran PERUBAHAN bagi semester Dis'07-Mei'08 ialah Model Making Competition di mana aktiviti ini adalah anjuran bersama BUILDTECH.Di samping berpeluang menggabungkan kedua-dua jabatan Ukur Bahan dan Bangunan yang bernaung di bawah satu Fakulti yang sama (FSPU) di bawah satu aktiviti, aktiviti ini turut merapatkan silaturrahim di antara pelajar-pelajar dan juga pensyarah-pensyarah FSPU. Model Making Competition yang diadakan pada 15 Mac 2008 ini terbuka kepada seluruh warga UiTM Sarawak tetapi dihadkan hanya kepada 10 penyertaan terawal sahaja.SIAPA CEPAT DIA DAPAT...hehehe..namunpun begitu pada saat-saat akhir pertandingan, hanya 7 penyertaan sahaja yang sampai ke tangan jawatankuasa..Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan salah satu model bangunan daripada yang ditetapkan iaitu samada KLCC, KL Tower, Masjid Negara ataupun Jambatan Pulau Pinang dengan menggunakan bahan-bahan terpakai..pertandingan diadili oleh 4 orang pensyarah iaitu Encik Faiz (PERUBAHAN), Cik Akmal (PERUBAHAN), Cik Rafizah (BUILDTECH), dan Encik Azim (BUILDTECH)..akhir sekali, pertandingan ini sememangnya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mencungkil kreativiti serta bakat terpendam yang ada pada diri pelajar-pelajar UiTM Sarawak di samping turut memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan..MEMANG BERBAKAT & KREATIF!!!





Lawatan ke loji air Batu Kitang

Bagi memenuhi silibus subjek Building Services I (qsd184), pelajar-pelajar Part 2 telah membuat satu lawatan ke Loji Air Batu Kitang, Kuching pada 22 januari 2008 di antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah yang mengajar subjek tersebut iaitu Cik Noor Akmal Adillah Ismail. Pelajar-pelajar telah didedahkan kepada proses-proses rawatan air yang berlaku sebelum air bersih dibekalkan kepada pengguna untuk kegunaan harian. Semoga lawatan ke loji air ini akan memberi lebih pemahaman kepada para pelajar tentang topik rawatan air dalam subjek Building Services I. Terima kasih diucapkan kepada Encik Ho, wakil daripada pihak Lembaga Air Kuching yang sudi memberikan taklimat dan penerangan kepada pelajar-pelajar sepanjang lawatan.Semoga lawatan yang banyak memberi manfaat seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.



Perlawanan persahabatan bola jaring

Pada ahad 27 januari 2008, satu perlawanan persahabatan bola jaring di antara pelajar-pelajar ukur bahan AP114 telah diadakan bertempat di UiTM..setiap Part (Part 1-6) dikehendaki menghantar satu team bagi perlawanan ini.Cik Akmal dan Cik Raja yang bukan sahaja sekadar hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pelajar tetapi turut menyertai perlawanan (mewakili team yang tak cukup ahli..kesian..)...perlawanan yang begitu sengit ini berakhir apabila team Part 3 menjuarai perlawanan (cayalah!!teruskan usaha!!)..walaupun hujan turun kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai..tetapi itu tidak menghalang semua pelajar dan pensyarah meneruskan permainan..huh..memang semangat kesukanan..diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan..BERUSAHALAH!!!

Futsal - Friendly Match




Pada 30 Januari 2008, 8.30 pm -10.30 pm, bertempat di Golden Hawk, Samarahan telah diadakan satu perlawanan persahabatan futsal di antara pelajar-pelajar lelaki Part 1-6, Diploma ukur Bahan AP114. Setiap part dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu team futsal bagi perlawanan tersebut. Pelajar-pelajar perempuan turut hadir memberi sokongan yang tidak putus-putus kepada kumpulan yang mereka minati..hehehehe.Pensyarah-pensyarah AP114 yang turut hadir memberi sokongan ialah Encik Husrul (yang turut menyertai perlawanan mewakili Part 6..fuyoo..semangat kesukanan la katakan..hehe), cik akmal dan juga cik mala..juara bagi perlawanan kali ini ialah PART 6 (tahniah!!)..di antara objektif perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim dan juga memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..caiyokk!!!

Friday, April 25, 2008

Students' Site Visit

On 22nd February 2008, Part 1 & Part 2 QS students together with Ms. Alia, Ms. Kumalasari and En. Ahmad Faiz visited a construction site in Asajaya as part of syllabus of Construction Technology I and II. The construction site is for a propose SMK Asajaya (public school) located at Muara Tuang Land District in Samarahan, Sarawak. The students were given a tour around the site under supervision of Site Engineer, En. Ranulf (from Standard Engineers Sdn. Bhd.) to see construction works in progress. The site visit allows student to experience the working condition and construction techniques and also to expose the students to the real QS work.

Thursday, April 24, 2008

Ramadhan Menjelang Tiba 2007





Program yang dinamakan RAMADHAN MENJELANG TIBA ini adalah satu program yang julung-julung kali diadakan di UiTM Sarawak dan dianjurkan oleh pelajar-pelajar ukur bahan (diketuai oleh pelajar Part 3 Aiza Azwin).Program ini berlangsung dengan jayanya (walaupun terdapat beberapa kesulitan..biasala tu..hehehe) pada 14 hingga 17 September 2007 di mana terdapat aktiviti-aktiviti menarik dijalankan seperti Bazaar Ramadhan, solat tarawikh dan moreh, pengagihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari PERYATIM dan juga ceramah-ceramah yang diadakan di Dewan Jubli.Diharapkan program ini dapat dijadikan program tradisi setiap tahun anjuran pelajar-pelajar ukur bahan di UiTM Sarawak..insya'allah...kita tunggu kejutan RAMADHAN MENJELANG TIBA 2008!!!!

Lawatan ke Sabah 2007



Lawatan pada bln march 2007 ini disertai oleh stdnt QS 05 yg sedang menjalani latihan praktik skrg..En Noorzali pun ade sekali..kenangan ni..

Aktiviti lawatan ke Tapak projek pembinaan di sekitar sabah,Menara Tun Mustapha,Kaki gunung Kinabalu, ISM Sabah n jln2 bershopping di sekitar pasar philiphine.hehehhe.

Seronok sgt2.lg2 org yg post comment ni.heheh.bile nak gie lg ea..

Wednesday, April 23, 2008

'Selangkah ke UiTM' FSPU Booth




Aktiviti Selangkah Ke UiTM ini di adakan pada bln March 2008 bertempat di Dewan Jubli, UiTM Sarawak..Fakulti kami menang tempat ke-3 bagi kategori booth yang tercantik..Bersemangat ketua2 program QS n Building tgk tu.hehehe.Kerjasama dari semua pensyarah dan juga pelajar di ucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, April 22, 2008

Exam FeVer


Assalamualaikum,
Exam weeks have already started last Monday and I would take this opportunity to wish all of QS students "Good Luck and Don't be Stressed". To all lecturers "Selamat Menanda Kertas :)".

Juga ingin diucapkan "Selamat Bercuti" untuk semua pelajar. Jumpa lagi semester hadapan. For our first batch part 6, "Godspeed"

Pictures courtesy of http://commons.wikimedia.org/wiki/Image:The_Thumbs-up_position.jpg

Friday, April 18, 2008

Prolouge

Assalamualaikum and Salam Muhibbah to all lecturers and students.

This blog is created to represent everyone in the AP114 - Diploma in Quantity Surveying in UiTM Kota Samarahan, so that we have a place in the web to communicate with one another. Any inquiries or if you have anything to add to this blog please email to me at afaiz@sarawak.uitm.edu.my

Thanks