Sunday, April 27, 2008

Lawatan ke loji air Batu Kitang

Bagi memenuhi silibus subjek Building Services I (qsd184), pelajar-pelajar Part 2 telah membuat satu lawatan ke Loji Air Batu Kitang, Kuching pada 22 januari 2008 di antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah yang mengajar subjek tersebut iaitu Cik Noor Akmal Adillah Ismail. Pelajar-pelajar telah didedahkan kepada proses-proses rawatan air yang berlaku sebelum air bersih dibekalkan kepada pengguna untuk kegunaan harian. Semoga lawatan ke loji air ini akan memberi lebih pemahaman kepada para pelajar tentang topik rawatan air dalam subjek Building Services I. Terima kasih diucapkan kepada Encik Ho, wakil daripada pihak Lembaga Air Kuching yang sudi memberikan taklimat dan penerangan kepada pelajar-pelajar sepanjang lawatan.Semoga lawatan yang banyak memberi manfaat seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.



No comments: