



Program yang dinamakan RAMADHAN MENJELANG TIBA ini adalah satu program yang julung-julung kali diadakan di UiTM Sarawak dan dianjurkan oleh pelajar-pelajar ukur bahan (diketuai oleh pelajar Part 3 Aiza Azwin).Program ini berlangsung dengan jayanya (walaupun terdapat beberapa kesulitan..biasala tu..hehehe) pada 14 hingga 17 September 2007 di mana terdapat aktiviti-aktiviti menarik dijalankan seperti Bazaar Ramadhan, solat tarawikh dan moreh, pengagihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari PERYATIM dan juga ceramah-ceramah yang diadakan di Dewan Jubli.Diharapkan program ini dapat dijadikan program tradisi setiap tahun anjuran pelajar-pelajar ukur bahan di UiTM Sarawak..insya'allah...kita tunggu kejutan RAMADHAN MENJELANG TIBA 2008!!!!
No comments:
Post a Comment