Sunday, April 27, 2008

QS Family day

Sudah menjadi tradisi PERUBAHAN, satu aktiviti yang dinamakan QS Family Day akan diadakan pada setiap semester.Aktiviti ini bertujuan merapatkan hubungan sesama pelajar dan pensyarah melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang QS Family Day berlangsung.Pada semester sesi dis'07/mei'08 ini, tarikh 9 mac 2008 dipilih untuk mengadakan QS Family Day ini. 3 akvititi utama telah diadakan pada hari tersebut iaitu senaman pagi dan pertandingan futsal pada sesi pagi, disusuli dengan acara sukaneka pada sesi petang dan akhir sekali malam aspirasi pada sesi malam.malam aspirasi yang bertemakan RETRO mengumumkan juara-juara pertandingan yang diadakan pada sesi pagi dan petang, memberi anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan juga meraikan pelajar-pelajar Part 6 yang akan mengakhiri pembelajaran mereka di UiTM Sarawak pada semester ini. Diharapkan QS Family Day ini dapat dipertingkatkan lagi pengisiannya supaya lebih memberi kebaikan dan manfaat yang berguna kepada para pelajar (supaya pelajar-pelajar kita xdela tension sangat asyik belajar :) )

No comments: