Sunday, April 27, 2008

Model Making Competition (PERUBAHAN JV BUILDTECH)

Salah satu aktiviti anjuran PERUBAHAN bagi semester Dis'07-Mei'08 ialah Model Making Competition di mana aktiviti ini adalah anjuran bersama BUILDTECH.Di samping berpeluang menggabungkan kedua-dua jabatan Ukur Bahan dan Bangunan yang bernaung di bawah satu Fakulti yang sama (FSPU) di bawah satu aktiviti, aktiviti ini turut merapatkan silaturrahim di antara pelajar-pelajar dan juga pensyarah-pensyarah FSPU. Model Making Competition yang diadakan pada 15 Mac 2008 ini terbuka kepada seluruh warga UiTM Sarawak tetapi dihadkan hanya kepada 10 penyertaan terawal sahaja.SIAPA CEPAT DIA DAPAT...hehehe..namunpun begitu pada saat-saat akhir pertandingan, hanya 7 penyertaan sahaja yang sampai ke tangan jawatankuasa..Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan salah satu model bangunan daripada yang ditetapkan iaitu samada KLCC, KL Tower, Masjid Negara ataupun Jambatan Pulau Pinang dengan menggunakan bahan-bahan terpakai..pertandingan diadili oleh 4 orang pensyarah iaitu Encik Faiz (PERUBAHAN), Cik Akmal (PERUBAHAN), Cik Rafizah (BUILDTECH), dan Encik Azim (BUILDTECH)..akhir sekali, pertandingan ini sememangnya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mencungkil kreativiti serta bakat terpendam yang ada pada diri pelajar-pelajar UiTM Sarawak di samping turut memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan..MEMANG BERBAKAT & KREATIF!!!





No comments: