Wednesday, March 25, 2009

Lawatan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Pada 12 Mac 2009, Jabatan Ukur Bahan UiTM Sarawak telah menerima kunjungan Sr. Dr. Norizan bt. Ahmad, KP Sarjana Muda Ukur Bahan UiTM Sarawak (AP224).

Kunjungan beliau adalah yang pertama kali sejak beliau dilantik sebagai Ketua Program dan merupakan satu penghargaan bagi semua pensyarah dan juga pelajar di UiTM Sarawak.

Aktiviti yang dijalankan pada awal pagi bermula dengan mesyuarat bersama pensyarah, kemudian beliau mengadakan mesyuarat bersama wakil pelajar untuk mengetahui perkembangan dan juga untuk mendengar pandangan pelajar mengenai suasana belajar di sini. Pada sebelah petangnya, beliau telah sudi untuk memberikan ucapan ringkas kepada semua pelajar Diploma UiTM Sarawak.

Pada sebelah malam, beliau telah sudi untuk meluangkan masa bersama pelajar semester terakhir untuk mengadakan taklimat ringkas tentang cara memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di UiTM Malaysia.

Saya mewakili semua pensyarah dan juga pelajar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran beliau dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

No comments: