Wednesday, February 25, 2009

Kursus Green Card Utk part 4 Sem 2 Sesi 2008/2009





Satu kursus Green Card untuk Part 4 telah dianjurkan oleh Koordinator Kursus, Jabatan Ukur Bahan dan Bangunan , FSPU pada 22 februari 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg.

Kursus ini adalah aktiviti wajib setiap semester bagi para pelajar yg bakal menjalani Latihan Industri.

Kursus ini dianjurkan bagi mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keselamatan di tapak bina dan bertujuan untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan Green Card. Dengan adanya Green Card ini, pelajar part 4 yang bakal menjalani latihan praktikal semester hadapan, adalah dilinduingi oleh insuran dan mereka juga layak untuk memasuki tapak bina selain mengetahui aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dan diketahui serta diamalkan.

Seramai 49 orang pelajar Part 4 Diploma Ukur Bahan dan Bangunan telah menyertai kursus tersebut.

Majlis penyampaian safety helmet dan green card telah disempurnakan oleh En Mohd Ezad, Ketua Program Diploma Bangunan dan wakil dari CIDB sekaligus penceramah pada hari tersebut iaitu En Abdul Hayi.

Terima kasih atas kehadiran yang memberangsangkan dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

Maaf kualiti gambar tidak begitu memberangsangkan.

3 comments:

Isbjørn Fra Nord said...

hahahaha bila part tok nak, paling bangga is dpt topi ya then abis ceramah terus gamba ngan topi ya hahahaha

Alfamoments said...

topi ya lepas dapat jangan di biar berdebu, pake lah bila pergi site :)

Isbjørn Fra Nord said...

I don't need that topi anymore...don't really know if it is good or the other way!!!!