Pesanan ini ditujukan kepada pelajar Part 6 yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
Saya diberitahu ada pelajar yang tidak dapat tawaran ijazah sarjana muda ukur bahan.
Saya telah maklumkan hal tersebut kepada Ketua Program Ukur Bahan di FSPU, UiTM Shah Alam. Untuk pengetahuan semua, pengambilan pada semester ini adalah sangat kompetitif dan keperluan minimum CGPA untuk menyambung pengajian adalah 3.++
Ini adalah juga kerana tawaran ijazah banyak diberikan kepada pelajar matang; i.e pelajar yang telah ada pengalaman bekerja. Nasihat saya, anda semua boleh bekerja dahulu untuk 6-12 bulan dan menyambung pengajian selepas itu. (Saya sendiri bekerja dahulu selepas diploma)
Untuk pelajar yang mendapat tawaran kursus lain, pertimbanglah samada anda ingin teruskan dalam bidang ukur bahan atau terjun ke dunia lain, bagi saya adalah lebih baik bersabar seketika, ambil dahulu pengalaman dan gunakan pengalaman tersebut untuk maju di dalam pelajaran semasa ijazah nanti.
Untuk pelajar lain, giatkan usaha, naikkan CGPA anda :)
P.S Alternatif lain, anda boleh tulis surat rayuan dan sertakan bersama keputusan peperiksaan anda dan hantar secara peribadi terus kepada Dr. Norizan bt. Ahmad; KP AP224 di FSPU Shah Alam, jika ada kekosongan, mungkin anda akan diterima. Tak salah mencuba :)"Be patient,for the world is broad and wide."
William Shakespeare