
Professor Madya Dr. Wan Mohd. Naim Wan Mohd., Dekan FSPU akan melawat UiTM Sarawak pada 28 dan 29 Julai 2008. Lawatan beliau adalah untuk tujuan pemantauan program-program diploma di Sarawak disamping untuk berbincang masalah-masalah yang berbangkit di sini.
Beliau juga dijadualkan untuk sesi pengenalan dengan pelajar-pelajar baru Diploma Ukur Bahan dan Bangunan pada malam 28 Julai 2008.
Beliau juga akan mengadakan satu bengkel Geographic Information System (GIS) kepada pensyarah-pensyarah di UiTM Sarawak bertempat di Makmal K101 pada 29 Julai 2008.